Pengenalan Ilmu Tajwid

A) PENGERTIAN TAHSIN

Tasīn (تحسین) bererti memperbaiki, meningkatkan, memperelok. Tahsin al-Quran bermaksud membaca alquran benar dan tepat sesuai dengan sunnah Rasulullah .

Ia boleh didefinisikan sebagai membaca AlQuran dengan sebutan yang jelas, bersih daripada sebarang kesalahan dalam sebutan. Tajwid merupakan perhiasan dalam bacaan, memperindah pengucapan, serta memastikan setiap huruf mendapat haknya, berada dalam susunan yang betul, dikembalikan kepada makhraj asalnya, dan dilafazkan dengan tepat serta lembut tanpa berlebihan atau menyusahkan.

B) KAEDAH TALAQQI MUSHAFAHAH

Talaqqi dari segi bahasa diambil daripada perkataan iaitu pelajar bersemuka atau berhadapan dengan guru. Musyafahah pula bermakna dari mulut ke mulut (pelajar belajar alquran dengan memerhati gerak bibir guru untuk mendapatkan sebutan makhraj yang betul)

Pendekatan pengajaran alQuran secara talaqqi dan musyafahah telah diamalkan sejak zaman Rasulullah ﷺ lagi. Sejak dari zaman Rasulullah ﷺ lagi, pembacaan alQuran telah diwarisi secara penyampaian berhadapan guru dan murid dari mulut ke mulut bagi menepati bacaan yang telah diturunkan kepada Baginda ﷺ secara Tartil (bertajwid) menepati firman Allah:

وَإِنَّكَ لَتُلَقَّى ٱلۡقُرۡءَانَ مِن لَّدُنۡ حَكِیمٍ عَلِیمٍ

Maksudnya: Dan sesungguhnya engkau (wahai Nabi) menerima AlQuran daripada Yang Maha Bijaksana, Maha Mengetahui. (Surah AnNaml 27:6)

  • Guru membaca, murid mendengar
  • Murid membaca, guru mendengar
  • Guru membaca diikuti bacaan murid

C) PENGENALAN KEPADA ILMU TAJWID

1. Makna Tajwīd dari segi bahasa bermaksud memperelok atau memperbaiki, manakala dari segi istilah, ia merujuk kepada mengeluarkan setiap huruf dari makhrajnya dengan memberikan sifatsifatnya yang sewajarnya tanpa berlebihan atau dibuatbuat.

2. Hukum belajar Ilmu Tajwid fardhu kifayah tetapi beramal dengannya fardhu 'ain bagi setiap muslimin dan muslimat yang mukallaf. Adapun ingkar terhadapnya kafir.

3. Dalildalilnya;

    i.            Firman Allah Ta'ala dalam surah alMuzzammil: ayat 4

وَرَتِّلِ الْقُرْءَانَ تَرْتِيلًا

"Dan bacalah akan alQuran secara Tartil (tajwid)" 

    ii.            Sabda Rasulullah ﷺ:

إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى يُحِبُّ أَنْ يُقْرَأَ الْقُرْءَانُ غَضًّا كَمَا أُنْزِلَ (رواه ابن خزيمة)

Sesungguhnya Allah Ta'ala menyukai akan hambaNya yang membaca alQuran bertepatan sebagaimana ia diturunkan (Riwayat Ibnu Khuzaimah)

    iii.            Sepakat ulama' sejak zaman sahabat hinggalah ke hari ini.

4. Nama: Ilmu Tajwid.

5. Tumpuan perbincangan: Kalimahkalimah alQuran.

6. Fadhilat (kelebihan): Semuliamulia ilmu kerana ia berkaitan terus dengan Kalam Allah.

7. Penyusun: Sudut amali Nabi . Sudut ilmiah: Ada yang mengatakan Abu alAswad alDu'ali, ada yang mengatakan Abu Ubaid alQasim bin Sallam dan ada yang mengatakan alKhalil bin Ahmad alFarahidi.

8. Masalah yang dibincangkan: Kaedahkaedah membaca alQuran.

9. Matlamat: Memelihara lidah daripada melakukan kesalahan dan kesilapan ketika membaca alQuran.

10. Faedah: Mencapai kejayaan dan kebahagiaan serta mendapat rahmat dan keredhaan Allah Ta'ala di dunia dan akhirat.

D) SEJARAH

Orang pertama yang menetapkan kaedah tajwid secara ilmiah ialah para imam qiraat dan bahasa pada awal zaman penulisan. Dikatakan bahawa orang yang meletakkan asasnya ialah AlKhalīl bin Ahmad AlFarāhīdisementara ada juga yang berpendapat bahawa Abū AlAswad AlDu'ali adalah pelopornya. Selain itu, ada yang menyatakan bahawa Abū Ubayd AlQāsim bin Sallām turut berperanan dalam menetapkan kaedah tajwid.

Keperluan kepada kaedah tajwid muncul selepas berlakunya banyak penaklukan Islam, yang menyebabkan ramai orang bukan Arab memeluk Islam. Akibat percampuran antara bahasa Arab dan bahasa asing, kesalahan dalam bacaan AlQuran mula tersebar. Oleh kerana itu, pemerintah Islam bimbang perkara ini akan membawa kepada perubahan atau kesalahan dalam pembacaan AlQuran. Untuk mengatasi masalah ini, mereka mengambil langkahlangkah penting seperti menambah titik dan baris dalam mushaf, kerana pada asalnya mushaf Uthmani tidak mengandungi tanda baca. Selain itu, mereka juga menetapkan kaedah tajwid supaya setiap pembaca AlQuran dapat mengikuti peraturan yang betul ketika membaca kitab suci.

Orang pertama yang menulis karya khusus mengenai tajwid ialah Abu Muzāḥim AlKhāqāni, yang meninggal dunia pada tahun 325 Hijrah (abad ke3 Hijrah). Beliau mengarang sebuah qasidah (puisi) berirama "ra'iyyah" yang terdiri daripada 51 bait, yang dianggap sebagai karya tertua dalam ilmu tajwid. Puisi ini membincangkan beberapa topik penting dalam tajwid dan memberi pengaruh besar kepada para ulama selepasnya, sama ada melalui rujukan terhadap baitbaitnya, penjelasan maknanya, atau petikan daripada karyanya.

Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Ilmu Tajwid Menurut Riwayat Hafs ‘An ‘Asim Melalui Toriq Syatibiyyah karangan Surur Shihabuddin an Nadawi muka surat 4 hingga muka surat 6.

E) ASAS KEPADA ILMU TAJWID

1. MENGENALI MAKHRAJ ALHURUF

Sila rujuk buku Tajwid al Quran Resam Uthmani (versi Jawi) karangan Haji Abdul Kadir Leong alAzhari muka surat 11 hingga muka surat 16.

Sila rujuk buku Tajwid al Quran Qiraat ‘Aashim Riwayat Hafsh Toriq al Syatibi disusun oleh Abu Mardhiyah muka surat 73 hingga muka surat 80.

Sila rujuk buku Ilmu Tajwid Menurut Riwayat Hafs ‘An ‘Asim Melalui Toriq Syatibiyyah karangan Surur Shihabuddin an Nadawi muka surat 187 hingga 208.

2. MENGENALI SIFATSIFAT HURUF

Sila rujuk buku Tajwid al Quran Resam Uthmani (versi Jawi) karangan Haji Abdul Kadir Leong alAzhari muka surat 17 hingga muka surat 25.

Sila rujuk buku Tajwid al Quran Qiraat ‘Aashim Riwayat Hafsh Toriq al Syatibi disusun oleh Abu Mardhiyah muka surat 81 hingga muka surat 108.

Sila rujuk buku Ilmu Tajwid Menurut Riwayat Hafs ‘An ‘Asim Melalui Toriq Syatibiyyah karangan Surur Shihabuddin an Nadawi muka surat 211 hingga 232.

3. MENGENALI HUKUMHUKUM TAJWID

Hukum Bacaan Isti’adzah dan Basmalah, hukum Nun Mati dan Tanwin, hukum Nun dan Mim Bertasydid, Hukum Lam Ta’rif, hukum Bacaan Ra dan hukum Mad dan Pembahagiannya.

4. WAQAF DAN IBTIDA’

Sila rujuk buku Tajwid al Quran Resam Uthmani (versi Jawi) karangan Haji Abdul Kadir Leong al Azhari muka surat 95 hingga muka surat 98.

Sila rujuk buku Tajwid al Quran Qiraat ‘Aashim Riwayat Hafsh Toriq al Syatibi disusun oleh Abu Mardhiyah muka surat 244 hingga muka surat 279.

Sila rujuk buku Ilmu Tajwid Menurut Riwayat Hafs ‘An ‘Asim Melalui Toriq Syatibiyyah karangan Surur Shihabuddin an Nadawi muka surat 292 hingga 318.


Ulasan

Catatan Popular