Menamakan Binatang dengan Nama Manusia
Sedang saya membelek status rakan-rakan di WhatsApp, saya terbaca salah satu yang membicarakan tentang perbuatan memanggil manusia dengan nama binatang, lalu terlintas di benak saya bagaimana pula halnya jika memanggil binatang dengan nama manusia?, maka saya pun terus membuat carian sehingga saya bertemu dengan sebuah artikel yang membahaskan permasalahan ini dalam bahasa Arab yang kemudiannya saya terjemahkan dan kongsikan disini, berikut merupakan terjemahan artikel:
Terdapat sebahagian penjaga zoo memanggil haiwan-haiwan jagaan mereka dengan nama manusia dengan bertujuan untuk menghiburkan para pengunjung serta membuatkan mereka lebih mengenali nama haiwan-haiwan tersebut. Berdasarkan masalah ini Darul Ifta, Mesir telah diajukan soalan tentang hukum berkaitan penamaan haiwan dengan nama manusia.
Maka dengan itu, Imam Besar, Sheikhul Azhar, Dr. Ahmed El-Tayeb telah menjawab bahawa dari segi syara’ adalah tidak harus menamakan haiwan dengan nama manusia, kerana ianya merupakan suatu penghinaan terhadap kemuliaan manusia, dan menceroboh kehormatannya.
Namun begitu, adalah harus untuk menamakan manusia dengan nama haiwan atau benda selagi mana nama-nama tersebut tidak memburukkan-burukkan empunya nama dan jelik di telinga. Antara nama yang harus diberikan kepada manusia Asad, Usamah, Hamzah yang bermaksud singa, Haitham (helang), Arafah (nama tempat), Zamzam, Zhobyah (kijang). Manakala nama-nama yang buruk tatkala didengar pula adalah tidak harus diberikan kepada manusia, seperti Kalb (anjing), Khinzir, Harb (perang), Murrah (pahit), Dahiah (Tidak cerdik).
Nabi SAW juga menyukai nama-nama yang baik seperti mana yang diriwayatkan dalam hadis yang bermaksud: (Sesungguhnya kamu akan dipanggil pada hari kiamat dengan nama kamu dan nama bapa-bapa kamu, maka dengan itu perelokkanlah nama-nama kamu.) Hadis riwayat Abu Daud.
Dan daripada Umar RA: bahawa Rasul SAW telah bersabda: (Sesungguhnya nama-nama yang disukai Allah ialah Abdullah, dan Abdurrahman) HR Muslim.
Dan juga diriwayatkan bahawa Nabi SAW membenci nama-nama yang buruk dan mengelak daripadanya, sama ada nama orang, tempat, kabilah, atau gunung. Sehinggakan ketika baginda melewati dua buah gunung, baginda bertanya (apakah nama keduanya?) maka dijawab Fadhih (yang terbuka aibnya) dan Mukhz (yang terhina). Lalu baginda mengubah laluan dan tidak melewati antara dua gunung tersebut.
Berdasarkan beberapa peristiwa di atas dan sebagai menjawab persoalan ini; bahawa adalah tidak harus untuk menamakan haiwan dengan nama manusia, kerana manusia telah dimuliakan oleh Allah SWT dalam dalam al-Quran
۞وَلَقَدۡ كَرَّمۡنَا بَنِيٓ ءَادَمَ وَحَمَلۡنَٰهُمۡ فِي ٱلۡبَرِّ وَٱلۡبَحۡرِ وَرَزَقۡنَٰهُم مِّنَ ٱلطَّيِّبَٰتِ وَفَضَّلۡنَٰهُمۡ عَلَىٰ كَثِيرٖ مِّمَّنۡ خَلَقۡنَا تَفۡضِيلٗا
Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan.
Al-Isra', Ayat 70
Dan adalah harus menamakan manusia dengan nama haiwan atau benda atau nama tempat selagi mana tidak jelik dan mempunyai makna yang tinggi dan terpuji dengan sifat kekuatan, kecantikan, ubudiyah, seperti Asad, Fahd (harimau kumbang), Zhobyah, Ghazalah (Kijang), Safa dan Marwah.
Pautan artikel asal

Ulasan
Catat Ulasan