Pengenalan Ilmu Tauhid
Hukum
mempelajari ilmu tauhid.
Fardu ain ke atas setiap orang Islam
lelaki dan perempuan secara umum. Firman Allah
فَٱعۡلَمۡ أَنَّهُۥ لَاۤ إِلَـٰهَ إِلَّا
ٱللَّهُ وَٱسۡتَغۡفِرۡ لِذَنۢبِكَ وَلِلۡمُؤۡمِنِینَ وَٱلۡمُؤۡمِنَـٰتِۗ وَٱللَّهُ
یَعۡلَمُ مُتَقَلَّبَكُمۡ وَمَثۡوَىٰكُمۡ ١٩
Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu
˹wahai Muhammad˺ bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan
Allah, dan mintalah ampun kepadaNya bagi salah silap yang engkau lakukan, dan
bagi dosa-dosa orang-orang yang beriman - lelaki dan perempuan; dan ˹ingatlah˺,
Allah mengetahui akan keadaan gerak-geri kamu ˹di dunia˺ dan keadaan penetapan
kamu ˹di akhirat˺.
[Surah Muḥammad:
19]
Manakala hukum mempelajarinya secara
terperinci ialah fardu kifayah
Iman
Iman
dari segi bahasa membawa erti percaya. Dalam konteks penghayatannya di kalangan
umat Islam, iman membawa maksud mengaku dengan lidah, membenarkan dengan hati
dan mengamalkannya dengan anggota.
Dalam
erti kata lain bahawa seseorang yang mengaku dengan lidahnya mengenai keesaan
dan kekua saan Allah, mestilah membenarkannya dengan hati dan melaksanakan
segala perintah-Nya serta meninggalkan larangan-Nya.
Terdapat enam asas kepercayaan dalam amalan, cara hidup Islam
yang dikenali sebagai rukun-rukun iman. Hal ini telah dijelaskan oleh
Rasulullah dalam sebuah hadisnya yang bermaksud:
"Iman itu ialah bahawa kamu yakin
dan percaya kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya,
rasul-rasul-Nya, kedatangan Hari Akhirat dan ketentuan baik dan buruk
dari-Nya".
Orang
yang tidak percaya dan tidak yakin dengan perkara-perkara atau rukun-rukun iman
tersebut adalah kafir. Orang Islam yang menafikan salah satu atau semua rukun
iman dianggap murtad iaitu terkeluar daripada agama Islam.
Islam
Islam
daripada segi bahasa bererti sejahtera. Dalam konteks penghayatannya di
kalangan umat Islam ia bermaksud menyerah diri, tunduk dan patuh melaksanakan
segala perintah Allah dan membenarkan semua ajaran yang dibawa oleh Rasulullah.
Terdapat
lima perintah Allah yang mesti dipatuhi dan dilaksanakan oleh seseorang Islam
yang dikenali sebagai rukun-rukun Islam. Rukun-rukun Islam ini terkandung dalam
sebuah hadis Rasulullah yang bermaksud:
"Islam
itu adalah bahawa engkau bersaksi tiada Tuhan yang layak disembah melainkan
Allah, Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah, mendirikan solat, menunaikan solat,
menunaikan puasa, mengeluarkan zakat dan mengerjakan zakat dan mengerjakan haji
dia Makkah jika berkemampuan."
Ihsan
Konsep
ihsan ini telah digambarkan oleh Rasulullah dalam sebuah hadisnya yang bermaksud:
"Ihsan
adalah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah kamu melihat-Nya, jika kamu
tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia sedang melihat kamu"
Hadis
ini menjelaskan bahawa ihsan itu adalah tindakan seseorang melakukan sesuatu
amalan atau kebaikan kerana menyedari bahawa Allah sedang memerhatikan
gerak-gerinya dan dia hanya mengharapkan balasan baik daripada Allah
semata-mata.
Dalam
erti kata lain bahawa semua amalan kebajikan yang dilakukan adalah dengan penuh
keikhlasan
Ulasan
Catat Ulasan